Pensyarah UM Nilam Puri Antara Peniaga di Karnival Halal Kelantan
Kota Bharu, 31.5 :Seorang pensyarah UM Cawangan Nilam Puri, Kelantan telah menggunakan kesempatan penganjuran Karnival Halal Kelantan untuk mempromosikan sejenis minuman terkenal di tanah Arab.
Ustaz Hassan Mahmoud yang berasal dari Sudan merupakan antara peniaga yang berniaga di Karnival yang berlangsung di Kota Bharu.
Menurutnya yang juga pensyarah Bahasa Arab di kampus UM Nilam Puri, beliau bukan sahaja menjual produk keju dari Mesir, jeruk dan minyak zaitun dari Syria, malah turut menjual sejenis minuman jus yogurt yang berharga RM 2 sebungkus.
Selain itu, turut dijual adalah kurma dari Tunisia dan cuka dari negara Iran.
“Resipinya adalah rahsia.”
“Saya turut menerima tempahan sediakan jus yogurt pada majlis sepeti perkahwinan, kenduri dan sebagainya.
“Minuman jus ini adalah paling laris di gerai saya.
Ustaz Hassan boleh dihubungi di talian 012-9390748.
Smentara itu, Karnival Halal Kelantan yang berlangsung selama tiga hari
bermula Sabtu dan berakhir semalam berjaya melebihi sasaran apabila lebih 50,000 orang mengunjunginya.
Karnival Halal Kelantan anjuran JHEAIK dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Kosmo! sebagai akhbar rasmi berlangsung di Kompleks Islam Darul Naim.
Sebanyak 80 gerai menyertai karnival tersebut selain aktiviti menarik seperti seminar halal, pertandingan memasak dan pertandingan mewarna.
Sumber : KOSMO!







Komen